Viral

(VIDEO) Lelaki berinai, pakai tudung kantoi rakam wanita dalam tandas di Pasir Gudang

Lelaki berkenaan berjaya dicekup orang ramai di Kip Mart, Johor ketika mengintai wanita di dalam tandas di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU 23 Okt – Taktik seorang lelaki memakai inai dan menggunakan selipar milik isteri untuk mengaburi mata orang awam sebelum menjalankan ‘aktiviti’ merakam wanita di dalam tandas akhirnya terbongkar.

Melalui sebuah video tular yang dirakam orang awam semalam, lelaki berkenaan berjaya dicekup orang ramai di Kip Mart, Johor ketika mengintai wanita di dalam tandas di Pasir Gudang.

Difahamkan, ketika kejadian, individu terbabit dikatakan menyamar sebagai wanita dengan mengenakan inai di kaki dan memakai selipar isterinya supaya kelihatan seperti perempuan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Menerusi rakaman video yang tular, suspek disoal siasat oleh beberapa wanita dipercayai mangsa kejadian.

Tidak berpuas hati, kedengaran wanita itu menggesa suspek supaya memberi kata laluan telefon bimbitnya untuk melihat sendiri rakaman video yang telah diambil.

Mungkin kerana terlalu berang, wanita itu turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada suspek yang cuba mengelak memberi kata laluan telefon bimbitnya kerana malu selepas perbuatannya diketahui.

Tetap berkeras, wanita itu akhirnya berjaya membuka telefon bimbit suspek dan menemukan lebih daripada 40 rakaman video kejadian intai wanita di dalam tandas.

Suspek yang disoal siasat memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai isteri apabila menyatakan inai di kakinya dilukis sendiri oleh wanita berkenaan.

Ketika ditanya mengapa dia bertindak merakam wanita di dalam tandas, suspek mendakwa, dia juga bingung dan tidak mengetahui mengapa dia tergamak bertindak sedemikian biarpun sudah berumah tangga.

“Saya dah (kahwin)…tak tahulah kepala otak saya macam gini hari ini… ish malu seh,” dakwanya dalam nada bersalah ketika cuba membela diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Mohd Sohaimi Ishak, berkata, pihaknya sudahpun menahan suspek yang tahan orang awam berkenaan  

“Suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut adalah seorang lelaki warganegara berusia 23 tahun yang ditahan oleh orang awam dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd. Sohaimi, siasatan mendapati kejadian berlaku pada kira-kira jan 11 pagi semalam dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Jelasnya, permohonan tahanan reman ke atas suspek akan dipohon di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di mahkamah Johor Bahru pada hari ini untuk siasatan lanjut.  — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button