Berita

(VIDEO) Matt Healy belum ‘move on’ lagi, terus kutuk Malaysia semasa konsert di AS

Vokalis The 1975 itu menyifatkan kejadian yang menimpanya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku

KUALA LUMPUR 11 Okt – Seolah tidak menghiraukan kecaman dan tindakan disenarai hitam daripada membuat persembahan di negara ini, vokalis The 1975, Matt Healy terus mengutuk dan menghina kerajaan Malaysia ketika mengadakan konsert di Amerika Syarikat, semalam.

Menyifatkan kejadian yang menimpanya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, penyanyi itu berkongsi rasa marahnya dengan penonton menerusi teks ucapan yang dibaca melalui telefon pintarnya.

Jelasnya, perbuatan mencium gitaris kumpulannya, Ross Macdonald bukanlah satu perkara yang disengajakan sebaliknya ia adalah sebahagian daripada pertunjukan pentas yang sering dilakukan dalam konsertnya sebelum ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)


“Saya cium Ross bukan untuk mencetuskan provokasi kerajaan, ia adalah sebahagian daripada pertunjukan pentas The 1975 yang telah dipersembahkan beberapa kali sebelum ini.

“Saya sangat terkejut rakyat Malaysia marah dengan tindakan itu dan menganggapnya sebagai persembahan pentas LGBT.

“Sebagai penghibur, kami hanya menjalankan tugas dalam persembahan dan itulah sebabnya penonton pergi ke konsert.

“Jika anda menjemput penyanyi dari Barat, mereka sepatutnya dibenarkan membawa nilai barat ke negara anda,” katanya.

Untuk rekod, pada Good Vibes Festival 2023 Jun lalu, Matt Healy didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), dan mencium gitarisnya.

Susulan insiden tersebut, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung Sabtu sehingga Ahad, 23 Julai dan pihak penganjur juga telah dipanggil untuk memberikan keterangan. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button