Berita

(VIDEO) Mayat lelaki ditemui terapung di Tasik Shah Alam

Siasatan juga mendapati mayat mangsa dijumpai berpakaian lengkap

SHAH ALAM 7 Feb – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Taman Tasik Seksyen 14, Shah Alam, di sini, tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.19 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati simati adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disyaki warga negara asing kerana tidak mempunyai suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di bahu sebelah kiri.

“Siasatan juga mendapati mayat mangsa dijumpai berpakaian lengkap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

“Pemeriksaan pihak Forensik Selangor ke atas badan simati menemui kesan luka melecet pada leher di sebelah kanan dan kiri serta luka kecil pada pipi dan hidung.

“Bagaimanapun tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh simati yang boleh menyebabkan kematian,” katanya semalam.

Mohd Iqbal berkata, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian simati dalam kes ini.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-5113584,” katanya. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button