(VIDEO) Murid lelaki cedera dirempuh motosikal ketika melintas depan sekolah di Langkawi
Murid itu ditemani kakak mangsa berusia 14 tahun semasa melintas

LANGKAWI 22 Ogos – Seorang murid lelaki yang melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Matsirat, Langkawi, di sini, cedera selepas dilanggar sebuah motosikal, semalam.
Kejadian dirakam kira-kira jam 1.58 petang melalui kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) sebelum tular di media sosial.
Berdasarkan video berdurasi 11 saat itu, mangsa didapati sedang melintas jalan dengan kakaknya sebelum dilanggar sebuah motosikal.
View this post on Instagram
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, siasatan awal mendapati ibu mangsa memberhentikan kenderaannya di kiri bahu jalan untuk menghantar mangsa berusia sembilan tahun ke sekolah terbabit.
Beliau berkata, kakak mangsa yang berusia 14 tahun kemudiannya menemani dan memimpin kanak-kanak lelaki itu keluar dari kenderaan dan melintas jalan.
“Kemalangan berlaku apabila kanak-kanak terbabit dilanggar sebuah motosikal yang datang dari arah Padang Matsirat ke arah Teriang. – Sinar Harian