(VIDEO) Papadom sebenar, lelaki ikut dari belakang anak perempuan ambil ujian memandu
Tular sebuah video seorang bapa sanggup mengikut dari belakang anak perempuannya yang sedang mengambil ujian memandu sambil memberi kata-kata semangat.
KUALA LUMPUR, 26 Julai – Kasih sayang seorang bapa memang tiada tandingannya biarpun figura itu sering dikaitkan dengan imej garang dan tegas apabila mendidik anak-anak.
Semalam, tular sebuah video seorang bapa sanggup mengikut dari belakang anak perempuannya yang sedang mengambil ujian memandu sambil memberi kata-kata semangat.
View this post on Instagram
“You can do it girl, jangan takut, relaks. Gajah kiri kanan, tikus tengah-tengah. Jangan takut, papa ada kat belakang.
“Dania (anak) dapat laluan kampung hari ini, ujian laluan B. Good girl, you did it girl,” kata bapa berkenaan yang menunggang motosikal.
Warganet yang menonton video berkenaan turut tumpang bahagia dengan kebahagian remaja perempuan itu kerana mempunyai ayah yang penyayang.
“Ayah dulu ikut belakang time belajar sebab takut aku lupa jalan jadi dia yang tolong ingat jalan hahaha,” kata Skwangur.
“Kena cari lelaki yang terbaik untuk jadi ayah kepada anak anak kita. Biar mereka tak menyesal ada ayah yang mereka ada,” kata Aina.
“Abah aku pun teman ambik lesen. Tunggu sampaj habis hahah, mai ckp “satgi jalan raya apa semua jangan gopoh” sambil pegang kepala?” kata Muhd. — Xklusif