[VIDEO] Pekerja warga asing kantoi ‘sorok’ minyak masak paket untuk rakan di sebuah pasar raya di KL
Pihak berkuasa memutuskan untuk membenarkan penjual runcit mengenakan had pembelian minyak masak pek polybag 1 kilogram sebanyak tiga unit per transaksi untuk setiap pelanggan
KUALA LUMPUR 14 Sept – Tular satu rakaman video di media sosial mendakwa warga asing membeli minyak masak paket bersubsidi satu kilogram dalam jumlah yang banyak, melebihi had yang ditetapkan kerajaan dan peruncit, 1 hingga 3 paket untuk setiap pelanggan.
Berdasarkan video di kongsi pengguna TikTok Chong Chee San kejadian berlaku pada waktu malam beberapa hari lalu dan orang awam dalam video tersebut memaksa warga asing terbabit memulangkan semula minyak tersebut.
“You (awak) cakap enam paket, ini bukan enam paket, macam mana you dapat banyak macam ni. You mau lepas, you ambil tiga minyak yang lain pulang balik.
Dalam video berasingan, warga asing yang bekerja di sebuah pasar raya didakwa menyimpan (sorok) minyak masak hanya untuk kegunaan mereka sahaja.
“Warga asing ni simpan minyak untuk kawan-kawan dia sahaja. Warga Malaysia tak ada minyak,” menurut video tersebut.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, warganet meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan sewajarnya, jika benar seperti didakwa.
Sebelum ini pihak berkuasa memutuskan untuk membenarkan penjual runcit mengenakan had pembelian minyak masak pek polybag 1 kilogram sebanyak tiga unit per transaksi untuk setiap pelanggan.
Kebenaran penetapan had pembelian tersebut berkuat kuasa pada Januari 2021, bertujuan memastikan lebih ramai pengguna berpeluang mendapatkan minyak masaka diberikan subsidi kerajaan.
Manakala di pihak pemborong, mereka diwajibkan menjual kepada peruncit yang mempunyai lesen dan ECOSS (Skim Penstabilan Harga Minyak Masak).
Minyak masak dalam bungkusan polybag 1 kilogram merupakan barang kawalan yang diberikan subsidi bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS). – Xklusif