Viral

(VIDEO) Pencuri selamba jabat tangan sebelum larikan kereta depan mata pemilik

Kejadian dipercayai berlaku di Shah Alam, Selangor pada Isnin lalu.

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Seorang pencuri sempat bersalam dengan pemilik sebuah kereta jenis Honda City hatchback sebelum melarikan kenderaan itu dalam kejadian pada Isnin lalu.

Video insiden kecurian kenderaan itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ditularkan akaun Facebook Street Garage dan dipercayai berlaku di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Menerusi video rakaman CCTV premis berkenaan, pencuri itu pada mulanya dilihat berlegar-legar di hadapan kedai dan diliihat seperti cuma membuka sebuat kereta lain namun gagal.

Kemudian, lelaki itu terus masuk ke premis tersebut sebelum dengan selama memasuki kenderaan yang sudah selesai dicuci.

Menerusi ruangan komen, Haliff Nahar berkata, berlaku kekeliruan antara pekerja kedai cuci kenderaan itu yang menyangka bahawa pencuri itu merupakan kawan kepada pemilik kereta itu.

Namun, pemilik kereta itu pula menyangka bahawa pencuri itu merupakan seorang daripada pekerja di pusat cuci kereta tersebut.

Selepas itu, pencuri berkenaan membuka tingkap dan dilihat berjabat tangan dengan pemilik kenderaan dan pekerja kedai cuci kereta itu sebelum melarikan diri.

Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan polis berkenaan dengan kes kecurian kenderaan itu. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button