(VIDEO) Penduduk Flat Desa Mentari cemas, cuba simbah air padam api di rumah terbakar
Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.35 tengah malam pada Sabtu.

KUALA LUMPUR 31 Julai – Penduduk Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor berdepan detik cemas apabila sebuah rumah di tingkat lapan salah sebuah blok pangsapuri berkenaan terbakar pada tengah malam kelmarin.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.35 tengah malam pada Sabtu dan bergegas ke lokasi kejadian.
Berdasarkan satu laporan, Zulfikar berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat lapan yang terbakar sebanyak 80 peratus di bahagian bilik.
View this post on Instagram
“Api berjaya dipadamkan pada pukul 1.03 minit pagi dan tiada mangsa terlibat dilaporkan,” katanya, semalam.
Video insiden tersebut tular Sabtu lalu memaparkan kepulan asap tebal keluar dari sebuah rumah di Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor.
Dalam video lain, terdapat beberapa penghuni pangsapuri cuba memadamkan kebakaran dengan menyimbah air dari tingkat atas ke rumah berkenaan. — Xklusif