Viral

(VIDEO) Penghantar makanan bergaduh dengan ‘pak guard’ jadi kes polis

Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan

KUALA LUMPUR 3 Nov – Polis menjalankan siasatan berhubung pergaduhan melibatkan seorang penghantar barangan dan pengawal keselamatan yang tular menerusi satu video di media sosial, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih lagi dijalankan.

“Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kertas siasatan berkaitan kejadian turut dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah bangunan di ibu kota di sini.

Menerusi hantaran video terbabit, pergaduhan tercetus apabila penghantar barangan itu didakwa tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan.

Bagaimanapun, jelas hantaran video itu, pelanggan penghantar barangan terbabit tetap bertegas supaya penghantar itu masuk ke bangunan berkenaan. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button