(VIDEO) Pengkid, ibu merayu lepas kantoi dera budak 7 tahun
Pengkid dan ibu kandung budak yang dipercayai dera kanak-kanak itu ditahan polis bagi siasatan lanjut
JOHOR BAHRU 13 Ogos – Dua wanita termasuk seorang rakan yang berpewatakkan seperti lelaki (pengkid) dipercayai mendera kanak-kanak lelaki di kawasan perumahan sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini.
Kejadian menimpa kanak-kanak berusia tujuh tahun itu akhirnya terbongkar selepas jiran di kawasan perumahan itu menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.
Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita adalah rakannya yang berperwatakan seperti lelaki (pengkid) berusia 30 tahun.
View this post on Instagram
Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial.
Dalam video berkenaan, turut memaparkan kecederaan teruk di bahagian belakang badan kanak-kanak berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam pada malam semalam.
“Tangkapan sudah dilakukan pada ibu kandung dan teman perempuan (tomboy) manakala mangsa dihantar ke HSI (Hospital Sultan Ismail) untuk rawatan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Mohd Sohaimi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenan. — Harian Metro