Viral

(VIDEO) Remaja tingkatan 4 terlajak undur rempuh medan selera di Melaka

Remaja itu diarah oleh ibunya untuk memanaskan enjin sebelum rempuh medan selera itu

MELAKA 27 Ogos – Seramai 11 pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling, Pantai Puteri di sini berdepan detik cemas apabila dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang remaja ketika sedang menikmati hidangan semalam.

Dalam kejadian 2.43 petang itu, semua mangsa bagaimanapun terselamat apabila sempat mengelak daripada dirempuh secara mengundur sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza akibat kecuaian pemandu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diminta ibunya untuk memanaskan enjin MPV itu yang berada di ruang parkir.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

“Ketika sedang memanaskan enjin, remaja terbabit telah tertekan pedal minyak dan mengubah gear kepada butang R menyebabkan ia mengundur secara mengejut sebelum bergesel dengan kereta di parkir bersebelahan.

“MPV itu kemudian merempuh beberapa pelanggan dalam medan selera tersebut namun mujur mereka sempat mengelak daripada keadaan menjadi lebih serius,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Insiden itu turut tular melalui klip video yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) gerai medan selera terbabit yang didapati melibatkan sekurang-kurangnya 11 pelanggan termasuk seorang bayi.

Christopher bagaimanapun berkata, setakat ini, pihak boleh belum mendapat laporan jumlah pelanggan terlibat dalam kejadian itu termasuk mereka yang cedera.

“Mungkin ada yang cedera tapi belum buat laporan polis malah setakat ini juga tiada mangsa yang dikesan membuat rawatan di hospital.

“Kita juga telah mengambil rakaman CCTV dari gerai makanan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button