(VIDEO) Rider Ducati maut, putus kaki elak motosikal lawan arus di SUKE
KUALA LUMPUR 14 Jun – Seorang lelaki meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya tercampak jatuh daripada jejambat (flyover) di susur keluar Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Penunggang berkenaan dipercayai cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang melawan arus sebelum terbabas dan terjatuh ke bawah.
Dalam video yang mula tular, hari ini, itu mangsa yang difahamkan menunggang motosikal jenis Ducati dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
View this post on Instagram
Video tular memaparkan kemalangan ngeri berkenaan dimuat naik oleh orang awam menerusi akaun laman telegram, hari ini.
Sebelah kaki mangsa juga dipercayai putus dan tersangkut di dawai besi dipercayai ketika terjatuh dari lebuhraya itu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas hasil siasatan awal diperoleh daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya. — Xklusif