Berita

(VIDEO) Rumah, bot nelayan terbakar di Pulau Ketam

Kebakaran kira-kira jam 1 tengah hari turut merebak dan memusnahkan tiga bot nelayan

KLANG 29 Sept – Beberapa buah rumah kediaman kelas C di Pulau Ketam musnah dalam kebakaran sebentar tadi.

Kebakaran kira-kira jam 1 tengah hari turut merebak dan memusnahkan tiga bot nelayan.

Pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 1.19 tengah hari.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Wong, 50-an berkata, ketika kejadian rata-rata penduduk yang terdiri daripada nelayan tiada di rumah kerana keluar mencari hasil laut.

Katanya, kebakaran itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke premis berdekatan lain.

“Melihat api mula marak, penduduk dan pasukan bomba sukarelawan segera memadamkan kebakaran itu. Selain itu, penduduk bertindak menyimbah air di lapan rumah berhampiran bagi mengurangkan bahang dan kemusnahan lebih besar,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah Wong, kebakaran itu berjaya dipadamkan kira-kira pukul 2.30 petang dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian melibatkan rumah bangunan kelas C tersebut.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dan Andalas dikerah dalam operasi itu selain dua bot bomba,” katanya.

Video kebakaran itu turut tular di laman sosial. – Kosmo

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button