Berita

(VIDEO) Tiga lelaki curi sawit guna ‘king’ Myvi ditahan polis

Kejadian berlaku di Linau, Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Tiga lelaki termasuk seorang warga emas ditahan selepas video mereka mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta jenis Perodua Myvi tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku di sebuah kebun dekat Linau, Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan berusia 30 dan 66 tahun.

“Turut dirampas beberapa tandan buah sawit serta sebuah kenderaan yang digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, kesemua tangkapan direman selama dua hari sehingga Sabtu oleh Majistret Mahkamah Batu Pahat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button