(VIDEO) Tiga maut kemalangan dua kereta di Serendah
Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi.

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Tiga termasuk seorang wanita maut dalam nahas dua buah kenderaan dekat Serendah Golf Resort, Jalan Kuala Kubu Bharu Rawang-Bukit Beruntung pada pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.06 pagi.
View this post on Instagram
Beliau berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta Rawang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan Toyota Avanza dan Perodua Axia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, Perodua Axia yang dipandu Chan Kwai Hoong, 62, bersama penumpang wanita Soo Yoke Siew, 53, disahkan maut ditempat kejadian.
Tambahnya, Rosihat Lemon, 68, yang berada di dalam Avanza disahkan maut manakala penumpang wanita parah akibat kemalangan itu.
“Mangsa yang parah telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi tindakan lanjut.
“Sementara bomba masih dalam proses mengeluarkan tiga mangsa yang disahkan maut,” ujarnya. — Xklusif