Viral

(VIDEO) Wanita cedera dihempap tiang elektrik di Sungai Buaya

Tiang elektrik berkenaan dipercayai runtuh selepas dilanggar lori muatan berat

KUALA LUMPUR 22 Sept – Tular sebuah video di media sosial seorang wanita cedera dipercayai dihempap tiang elektrik dalam satu kejadian di Sungai Buaya, Rawang, semalam.

Video berdurasi 1 minit 6 saat itu dimuatnaik pengguna TikTok @Posengabdulhamid1 yang juga pemilik bengkel kenderaan berhampiran kawasan kejadian.

Berdasarkan video berkenaan, wanita itu dilihat terbaring di tepi jalan dipercayai dihempap tiang yang jatuh.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Namun, bukan hanya satu tetapi tiga tiang turut jatuh dan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Turut menjadi persoalan punca kejadian itu kerana sewaktu kejadian tiada kenderaan yang dilihat melanggar tiang elektrik berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, ada warganet yang memaklumkan kejadian itu berpunca daripada sebuah lori muatan besar yang melanggar wayar daripada tiang berkenaan sehingga mengakibatkannya jatuh.

“Kalau langgar tiang elektrik sampai patah kena bayar mahal. Kalau makcik tu langgar takkan patah tiang tu,” kata ThiefKids.

“Lori langgar wayar atas tarik sampai patah tiang tu. Kalau tumbang tak logik sampai tiga yang lain tumbang. Lori tak sedar dah lari lah tu,” kata NenekFighter989.

“Terima kasih pada admin group ni berdua kejar lori tu sampai lebuhraya tadi. Pemandu lori tu tak perasan terlanggar wayar,” Pak Uda.

Wanita berkenaan yang menaiki motosikal secara kebetulan berada di bawah tiang berkenaan tidak sempat mengelak sebelum dihempap tiang berkenaan.

Turut kelihatan orang ramai menemani mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Setakat ini, belum ada kenyataan dari pihak berkaitan mengenai kejadian berkenaan. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button