(VIDEO) Warganet sebak lihat wanita India tolong suap pesakit Melayu di Kedah
Perkongsian tersebut menerima respon positif orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai bukti rakyat Malaysia sehati sejiwa.
KUALA LUMPUR 2 Ogos – Sikap prihatin seorang wanita berbangsa India menyuap makanan kepada pesakit Melayu di sebuah wad hospital awam di Kedah mendapat perhatian warganet yang menyifatkan semangat perpaduan kaum di Malaysia masih kukuh.
Menerusi perkongsian video Divyasree0605 di TikTok, dia memaklumkan, ibunya bertindak demikian berikutan pesakit wanita tersebut tidak dapat melihat.
“Makcik Melayu ni alami kegagalan buah pinggang dan tak boleh melihat jadi ibu saya tolong dia makan,” katanya.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut menerima respon positif orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai bukti rakyat Malaysia sehati sejiwa dan ia sesuatu yang membanggakan.
“Orang India sangat baik, kalau orang susah sediah membantu, tanpa kira bangsa, agama dan negara. Im proud to be Indian,” kata Sumozee.
“Cara Aunty suap dan tadah tangan berderai air mata saya. God bless u Ma.” Kata EID.
“Inilah maksud cinta dari hati tak kira warna kulit,bangsa dan agama. May God bless you amma,” kata Syarifah Ali.
Setakat video ini dikongsikan semalam, ia berjaya meraih lebih 600,000 tontonan dengan lebih 5,000 komen. – Xklusif