BeritaJenayah

Wanita dalam lingkungan usia 50-an direman berhubung kes penculikan remaja

Seorang lagi suspek telah direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penculikan seorang remaja perempuan yang melibatkan tuntutan wang tebusan sebanyak RM2 juta di sini pada 10 April lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Yussof, berkata perintah reman terhadap wanita dalam lingkungan usia 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran pagi tadi.

Beliau berkata suspek tersebut ditangkap pada jam 12.55 tengah hari semalam di Cheras, Kuala Lumpur. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.

Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang suspek yang dikaitkan dengan kes berkenaan telah ditembak mati oleh pihak polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Enam individu berumur antara 20 hingga 31 tahun kemudiannya telah direman selama 14 hari bermula 14 April.

Artikel Berkaitan

Back to top button