Santai

Yakin isu kualiti selesai, pengasas baju Melayu Bulan Bintang panggil netizen semak depan mata

Bulan Bintang sebelum ini terpalit dengan isu kualiti baju Melayu yang dikeluarkan mereka.

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Berbaki sebulan lebih lagi sebelum menjelang bulan Ramadan, ramai yang kini mula mempromosikan jualan baju Melayu.

Lambakan jenama baju Melayu di pasaran juga membuatkan timbul isu berkaitan dengan kualiti dan satu daripada jenama yang terpalit masalah tersebut ialah Bulan Bintang.

Menjadi antara jenama baju Melayu yang menjadi perhatian setiap kali menjelang Syawal, Bulan Bintang menggunakan taktik baharu untuk memastikan kualiti menjadi keutamaan.

Terbaharu, pengasas jenama Baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Bulan Bintang memanggil sembilan tetamu istimewa untuk memilih kotak secara rawak dan memeriksa sendiri kualiti baju Melayu edisi terbaharu miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azzim Zahid (@meripergibulat)

“Fuh, pertama kali dalam sejarah aku buat benda ni. Tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer, bekas customer to be dan even haters aku (kot)

“Semalam, aku jemput 9 orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Aku biarkan mereka pergi ambik kotak baju di rak, dan inspect sendiri.

“Kalau tak buat camni, risau netizen kata aku hanya promote barang-barang yang elok, yg pre selected, yang dah rancang sahaja,” katanya.

Menurut Azzim, dia menerima 99 peratus maklum balas positif berkenaan dengan baju Melayu mereka.

“Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa features baru yang kami introduce untuk tahun 2024 ni. Ada yang terus beli 2-3 pasang terus.

“Tak sabar rasanya nak bagi korang pegang, belek dan tengok sendiri produk Bulan Bintang yang diberi nafas baru ni. Korang semua boleh datang ke butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia mulai Sabtu ni,” katanya. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button