Ekonomi

YDM menyokong kuat aspirasi masyarakat MADANI dengan pelbagai program demi masa depan yang lebih gemilang untuk negara

YAYASAN Dato’ Malaysia (YDM), ditubuhkan bertujuan untuk menggabungkan kebijaksanaan generasi terdahulu dengan semangat dan inovasi generasi muda. Inisiatif ini bukan sahaja berimpak besar tetapi juga bersifat transformatif, menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan gemilang untuk negara.

Menurut presidennya, Tan Sri Datuk Seri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir J.P., YDM yang dianggotai lebih daripada 400 ahli itu terdiri daripada pelbagai latar belakang pengalaman, khususnya dalam bidang perniagaan telah bergerak aktif bagi menjayakan setiap aktiviti dan program yang telah di rancang dan akan dianjurkan kelak.

Presiden Yayasan Dato’ Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir J.P.

“Yayasan ini ditubuhkan untuk membantu masyarakat yang memerlukan disamping menguatkan lagi perniagaan agar kita dapat memberi kembali kepada orang yang kurang bernasib baik.

“Kita bukan sahaja terbuka kepada semua kaum, tetapi menerima juga sesiapa yang mempunyai perniagaan dan berminat untuk menyertai yayasan ini. Ada yang tidak mempunyai status Datuk tetapi mempunyai perniagaan dan bakal dianugerahkan status tersebut juga diterima sertai kami.

“Selain bidang perniagaan, ahli yayasan ini terdiri dari pelbagai bidang lain antaranya pendidikan, perundangan, politik dan pelbagai lagi profesionalism yang lain” katanya dalam sidang media Majlis Penganugerahan Watikah Ahli Kehormat Yayasan Dato’ Malaysia di ibu negara pada Rabu.

Datuk Nur Hazeerena binti Hamdan menerima Watikah Ahli Kehormat Yayasan Dato’ Malaysia daripada Presiden Yayasan Dato’ Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir J.P. pada majlis yang berlangsung baru-baru ini.

YDM akan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada generasi muda, membantu mereka mengembangkan bakat dan memupuk kepemimpinan masa depan melalui beberapa program yang telah dirangka dalam masa terdekat ini.

Selain itu, sokongan kewangan dan bimbingan strategik juga akan disalurkan untuk membantu usahawan muda dan syarikat pemula berkembang, memperkukuh asas ekonomi negara.

YDM berhasrat menyokong visi Perdana Menteri, Datur Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Masyarakat MADANI, di mana setiap individu, tanpa mengira kaum dan agama, berpeluang untuk berkembang dan memberi sumbangan demi melahirkan satu bangsa yang berdiri teguh dan dihormati di persada antarabangsa.

Artikel Berkaitan

Back to top button