Yuran pendaftaran universiti awam di had tidak lebih RM1,500 – Anwar
Langkah itu selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 ringgit kepada semua bakal pelajar baharu yang layak

KUALA LUMPUR 13 Okt – Bermula Januari tahun depan, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 ringgit kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.
Sebarang peraturan pembayaran oleh universiti katanya hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar.
Sehubungan itu, beliau meminta Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain supaya berperanan memudah cara dan membantu mahasiswa dan bakal pelajar yang punyai masalah pembayaran yuran. – Xklusif