Berita

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia dekat anak sungai

Mayat mangsa Zayn Rayyan Abdul Matiin, enam tahun, ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn

PETALING JAYA 6 Dis – Kanak-kanak autisme yang hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, tengah hari Selasa ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan kediamannya pada jam 10 malam tadi.

Mayat mangsa Zayn Rayyan Abdul Matiin, enam tahun, ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn.

Mangsa ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Setakat ini pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat ditemui.

Terdahlu, Zayn dilaporkan hilang dari sebuah apartment di Damansara Damai, hari ini.

Zayn kali terakhir dilihat berhampiran Blok R kompleks Pangsapuri Idaman di Jalan PJU 10/1, Damansara Damai sekitar tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan budak lelaki itu pada petang Selasa.

“Dia memakai baju-T berkolar putih dengan lambang SK Damansara Damai 2 dan seluar tracksuit hitam serta kasut hitam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button