Bayangan gabungan PH dan BN di PRN Pulau Pinang, Ramasamy berani cabar Guan Eng?

Kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang memberi bayangan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dan Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi bakal memberi tamparan hebat kepada Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy yang selama ini mengkritik pemerintahan BN.
Ini juga bakal menjadi pengajaran kepada Ramasamy supaya berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap mana-mana parti kerana implikasinya mungkin memakan diri.
Sikap pandir atau bendul dalam kenyataan memang akan menjadi mangsa belasahan awam, sama ada daripada netizen mahupun para pemimpin sendiri.
Sekiranya gabungan antara PH dan BN Pulau Pinang menjadi kenyataan, apa tindakan Ramasamy yang selama ini hanya mencari publisiti murahan dengan mengkritik Barisan Nasional?
Adakah beliau berani mencabar saranan Guan Eng atau akan terus tunduk membisu?
Apa komen Ramasamy berhubung tindakan parti DAP yang menggadai prinsipnya untuk bekerjasama dengan UMNO bagi jawatan dalam kerajaan dan survival politik?
Ramasamy seharusnya berfikir sebelum membuat kenyataan. Jangan beri memberi kenyataan yang bersifat kontoversi atau menimbulkan persoalan dan polemik.
Pepatah Inggeris “Old habits die hard’’ yang membawa maksud tabiat lama suka dibuang. Ramasamy pernah mengritik satu ketika dulu bahawa formula BN tidak akan bertahan lama dan sikap autokratik menjadi pegangan gabungan parti tersebut.
Ramasamy yang tidak ada jawatan dalam parti DAP hendaklah cermin diri dulu. Bila bercakap ikut sedap cakap, tidak fikir implikasinya.
Beliau telah banyak mensia-siakan masa mengeluarkan kenyataan di laman sosial sedangkan tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri II memerlukan lebih banyak tumpuan.
Ramasamy tak habis-habis menyerang Barisan Nasional mengatakan kerajaan Barisan Nasioanl ditolak rakyat dalam PRU ke-15.
Tetapi, dalam nada yang sama berkata, tanpa sokongan UMNO-BN parti PH tidak akan dapat membentuk kerajaan.
Ironinya, gabungan Pakatan Harapan hanya dapat membentuk Kerajaan Perpaduan dengan sokongan BN.
Ini berbeza dengan BN yang tidak mahu menjadi populis kerana kita tahu keadaan sebenar. Jika BN tidak menyokong mana-mana pihak dan mahu menjadi pembangkang tidak mungkin akan terbentuk kerajaan perpaduan.
Akhirnya BN menjadi talian hayat Kerajaan Perpaduan.
Isnin lalu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memberi bayangan PH dan BN berkemungkinan bekerjasama sebagai satu pasukan pada PRN yang dijadual berlangsung dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Guan Eng, berkata dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, ia dengan sendirinya akan membawa kepada kerjasama di peringkat negeri, sama seperti di Perak dan Pahang.
“Perbincangan lanjut mengenai perkara itu akan dibuat dalam satu mesyuarat PH, membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tinggi lain, pada minggu ketiga bulan ini, sebelum Tahun Baharu Cina.
“Sebarang perbincangan mengenai PRN dan apa saja bentuk kerjasama (antara PH dan BN), biar ia diumumkan selepas mesyuarat itu dan keputusan bersama dibuat,” katanya.