Ekonomi

HONOR Tawar Diskaun Eksklusif Kepada Anggota Bomba Sebagai Tanda Penghargaan

HONOR X9d 5G Pilihan Utama Anggota Bomba dan Rakyat Malaysia, Didatangi Enam Peningkatan Berkuasa

HONOR X9d 5G, model terbaharu dan laris dalam Siri X telah diangkat sebagai telefon pintar pilihan anggota bomba pada majlis penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini. Majlis berlangsung di ibu pejabat JBPM di Putrajaya dihadiri anggota dan pegawai bomba serta rakan-rakan media. HONOR menganjurkan majlis tersebut bertujuan meraikan khidmat dan jasa anggota bomba di seluruh negara.

HONOR X9d 5G bukan hanya telefon pintar pilihan rakyat Malaysia tetapi juga anggota bomba. Ini kerana peranti tersebut mengetengahkan ketahan luar biasa disebabkan rekaannya yang mampu mengharungi keadaan ekstrim.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato Sri Ts. Nor Hisham Mohammad.

Ciri ini turut ada pada anggota bomba yang sentiasa berdepan pelbagai rintangan dengan berani ketika menjalankan tugas penyelamatan. Warna merah keperangan atau Reddish Brown HONOR X9d 5G sepadan dengan ‘Wira Merah’, gelaran yang diberikan kepada anggota bomba.

 

Direka untuk Ketahanan, Memenuhi Permintaan Anggota Bomba

HONOR X9b 5G mempunyai daya ketahanan dan kekuatan seperti ciri yang ada pada setiap anggota bomba. Setiap kali bertugas, mereka terpaksa berdepan pelbagai cabaran dan keadaan ekstrim. Oleh sebab itu, HONOR X9d 5G amat sesuai untuk anggota bomba. Peranti ini telah diberikan peningkatan yang lebih baik untuk rintangan air, jatuhan dan haba, sesuai mengharungi cabaran-cabaran sedemikian.

Telefon pintar ini mempunyai penarafan kalis air IP69K, Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS dan menjadi peranti pertama menawarkan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun yang melindunginya dari air dan habuk selain rintangan kejatuhan.

Kekukuhan peranti ini turut disokong dengan Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan Waranti Lanjutan 1 Tahun. Pemberian tiga jenis jaminan tersebut menjadikan HONOR X9b 5G telefon pintar pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan komprehensif sedemikian.

 

Peningkatan Lebih Baik dengan Nilai Tiada Tandingan

HONOR X9d 5G hadir dengan enam peningkatan hebat, sesuai untuk pelbagai peringkat usia dan persekitaran pekerjaan, termasuk anggota bomba. Peranti ini mempunyai kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 8,300mAh dan mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas. Selain itu, paparan OLED 6.79 inci dengan resolusi 1.5K dan kecerahan puncak 6,000 nits memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan.

Selain itu, HONOR X9d 5G dikuasakan oleh Snapdragon 6 Gen 4, peningkatan yang besar berbanding model sebelumnya dan cipset ini memberikan prestasi serta kecekapan yang lebih baik.

Audio peranti ini juga ditambahbaik, ia mempunyai pembesar suara stereo dwi bass dengan bunyi sehingga 400%. Dengan semua peningkatan tersebut, HONOR X9d 5G tetap mengekalkan harga yang sama dengan model sebelumnya iaitu bermula daripada RM1,499.

HONOR Tawar Diskaun Eksklusif Kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Diskaun Eksklusif 15% untuk Wira Negara

Sebagai penghargaan terhadap dedikasi dan keberanian anggota bomba di seluruh negara, HONOR memberikan diskaun eksklusif 15% kepada JBPM apabila mereka membeli X9d 5G di laman web HONOR pada jualan rasmi peranti ini yang bermula 10 Oktober dengan menggunakan alamat emel rasmi JBPM.

Setiap pembelian HONOR X9d 5G didatangi dengan hadiah percuma bernilai RM946 terdiri daripada jam tangan pintar HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.

HONOR X9d 5G tersedia dalam empat warna menarik iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Ia hadir dalam storan 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 256GB pada harga RM1,499, manakala varian 512GB berharga RM1,699.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9d 5G, sila layari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my/.

Artikel Berkaitan

Back to top button