Politik

Kelantan bubar DUN 22 Jun ini

KUALA LUMPUR 14 Jun – Kelantan mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 22 Jun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas penggal DUN akan berakhir pada 27 Jun ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.

Ahmad berkata, tarikh tersebut telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selepas menghadap baginda.

“Mengikut undang-undang penggal DUN Kelantan yang ke-14 berakhir pada 27 Jun ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

Back to top button