Jenayah

Lelaki ‘sangap’ kantoi curi 25 helai pakaian dalam wanita di Sri Petaling

KUALA LUMPUR 15 Jun – Seorang lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara selama sebulan gara-gara mencuri 25 helai seluar dalam.

Kejadian dilapor berlaku di kawasan perumahan dekat Seri Petaling pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kegiatan suspek terbongkar selepas pihakya menerima aduan daripada seorang penduduk berusia 36 tahun.

“Pengadu seorang lelaki telah melihat suspek dalam keadaan mencurigakan apabila melihat pakaian yang disidai di dalam rumahnya.

“Pengadu kemudian bertindak mengekori suspek sehingga ke rumah jiran sebelum bertindak menghubungi polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek berusia 45 tahun mengaku mencuri 25 helai pakaian dalam wanita di tiga buah rumah yang berbeza bagi tujuan melepaskan nafsu.

“Pakaian dalam tersebut telah ditemui di dalam beg silang yang dibawa suspek sebelum menahannya bagi tindakan lanjut.

“Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah membabitkan curi dan dadah,” ujarnya.

Amihizam berkata, suspek telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan pada Selasa.

“Suspek mengaku bersalah dan mahkamah menjatuhkan hukuman satu bulan penjara,” ujarnya. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button