Politik

Sharifah Maznah mahu serlahkan wanita Alor Setar

KUALA LUMPUR 1 Mac – Ketua Wanita UMNO Alor Setar, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim mahu memberi tumpuan untuk menyerlahkan lagi wanita di Alor Setar, Kedah.

Sharifah Maznah berkata, dia juga mahu menarik lebih ramai perhatian wanita muda untuk terus bersama dalam perjuangan Wanita UMNO.

“Wanita UMNO ini adalah tulang belakang kepada parti yang sentiasa stabilkan UMNO di peringkat cawangan.

“Sebab itu saya sentiasa menekankan kerjasama di akar umbi sangat penting,” katanya kepada Xklusif.

Terdahulu, Sharifah Maznah berjaya mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO Alor Setar apabila tidak dicabar calon lain.

Jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Alor Setar juga kekal kepada Datin Salmah Din tanpa dicabar.

Sementara itu, jawatan bagi Jawatankuasa Wanita UMNO Alor Setar seramai 21 calon menawarkan diri untuk bertanding.

Mengulas mengenai kejayaannya mengekalkan jawatan, Sharifah Maznah berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.

“Tumpuan saya adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa peka dengan masalah ahli.

“Sokongan itu terpulang kepada mereka untuk menentukannya,” katanya. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button