Berita

Ribut petir landa 3 negeri petang ini

Antara kawasan yang terlibat di Johor ialah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru

KUALA LUMPUR 30 Nov – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Johor dan dua buah negeri di Malaysia Timur.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman rasmi Facebook MetMalaysia, antara kawasan yang terlibat di Johor ialah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Selain itu, di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Bagi Sarawak pula, kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) juga diramalkan cuaca buruk,” katanya.

Tambahnya, cuaca buruk itu dijangka akan berlarutan sehingga 4 petang nanti. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button