Penerbangan pertama jemaah umrah Andalusia musim baharu selamat berangkat

Penrbangan pertama musim Umrah 1447H yang dikendalikan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. menandakan permulaan baharu bagi jemaah Malaysia selepas musim Haji 1446H. Seramai 41 orang jemaah, termasuk seorang mutawwif dan seorang Tour Leader, telah berlepas dalam kumpulan sulung ini. Keunikan penerbangan ini ialah jemaah masih berpeluang merasai suasana musim Haji kerana sebahagian besar jemaah Haji masih berada di Tanah Suci pada waktu ini.
Andalusia mencatatkan rekod memberangsangkan pada musim 1446H dengan membawa lebih 50,434 jemaah menunaikan Umrah. Untuk musim baharu 1447H, syarikat ini menyasarkan peningkatan ketara dengan target seramai 80,000 jemaah, seiring dengan perkembangan industri umrah yang semakin rancak di Malaysia dan rantau ini.

Menurut Pengurus Kanan Unit Agama & Bimbingan Andalusia Travel, Ustaz Mohamad Taha Haji Hassan, pakej umrah yang ditawarkan kali ini mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri. Selain harga yang lebih rendah berbanding musim akan datang, jemaah turut berpeluang menziarahi kota Taif sebelum mengerjakan Umrah. Mereka akan berniat ihram di Masjid Qarnul Manazil, satu pengalaman yang berbeza berbanding kebiasaan miqat di atas udara atau di Jeddah.
“Selain itu, jemaah akan berada di Makkah selama 10 hari 9 malam dan di Madinah selama 4 hari 3 malam. Tempoh ini lebih panjang berbanding kebanyakan pakej sebelum ini, memberikan ruang lebih selesa untuk beribadah dan menziarahi tempat-tempat bersejarah di kedua-dua kota suci tersebut” kata Mohamad Taha lagi.

Bagi urusan visa, Andalusia menggunakan Visa Pelancong untuk kumpulan pertama ini kerana sistem Visa Umrah hanya akan dibuka pada 1 Muharam 1447H. Langkah ini memastikan kelancaran perjalanan jemaah walaupun musim Umrah secara rasmi belum bermula.
Isu penipuan pakej Umrah dan Haji turut mendapat perhatian. Andalusia menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih syarikat pelancongan, memastikan syarikat berlesen dan aktif di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC), serta hanya membuat bayaran ke akaun syarikat, bukan individu. Ini penting untuk mengelakkan risiko ditipu dan memastikan setiap urusan perjalanan terjamin.

Andalusia juga menawarkan pelbagai insentif menarik untuk musim 1447H. Antaranya, harga pakej bermula serendah RM5,990 untuk pendaftaran terawal, diskaun RM200 untuk setiap 10 jemaah dalam satu resit sehingga 31 Disember 2025, serta percuma seorang bagi setiap 25 jemaah yang mendaftar bersama. Tawaran ini jelas menyasarkan kumpulan keluarga dan komuniti yang ingin menunaikan Umrah secara berjemaah.
Selain itu, bakal jemaah berpeluang menyertai program Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA), yang menawarkan hadiah menarik seperti cabutan bonanza kereta BYD Sealion 7. Program ini dijalankan secara siaran langsung setiap Jumaat, menambah nilai dan keterujaan kepada pelanggan setia Andalusia.

Kerjasama Andalusia dengan syarikat penerbangan dan pengendali umrah utama seperti Amal by Malaysia Airlines turut memperkukuhkan kepercayaan pelanggan. Syarikat-syarikat yang terpilih untuk kerjasama strategik ini mesti berdaftar dengan MOTAC dan memenuhi kriteria ketat dari segi perkhidmatan dan kualiti.
Untuk musim Umrah 1447H ini, Andalusia bukan sahaja membuka peluang lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan ibadah di Tanah Suci, malah menekankan aspek keselamatan, keselesaan, dan keistimewaan pengalaman ibadah. Dengan tawaran harga kompetitif dan pelbagai keistimewaan, Andalusia terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara pengendali umrah utama di Malaysia.