Zionis larang penduduk Palestin tadah air hujan sebab hak milik Israel
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @David Miller di laman X, dia berkongsi beberapa laporan dari United Nation mengenai perkara tersebut telah mengundang kemarahan ramai

KUALA LUMPUR 22 Nov – Zionis melarang rakyat Palestin menggunakan air hujan untuk kegunaan domestik dan pertanian kerana ia adalah hak milik Israel.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @David Miller di laman X, dia berkongsi beberapa laporan dari United Nation mengenai perkara tersebut telah mengundang kemarahan ramai.
“Mengikut arahan tentera Israel yang berkuat kuasa di kawasan itu, hujan adalah hak milik pihak berkuasa Israel dan dengan itu rakyat Palestin dilarang mengumpul air hujan untuk keperluan domestik atau pertanian.
“Di samping melarang pembinaan telaga yang diperlukan untuk rakyat Palestin mendapatkan tambahan air untuk menyokong pertumbuhan penduduk dan pembangunan sosio-ekonomi, dasar sedemikian telah menafikan akses komuniti kepada kemudahan air dan sanitasi, termasuk air, tandas, rangkaian kumbahan dan tangki untuk pengumpulan air hujan,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bengang dengan polisi yang ditetapkan oleh Israel yang dianggap mengarut kerana air hujan adalah sumber semulajadi yang boleh digunakan oleh orang awam. – Agensi
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir individu yang mempersoalkan hak milik sumber semulajadi yang lain seperti oksigen, matahari.