Berita

Jasad arwah Zara dalam keadaan baik – Imam masjid

Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang kuburnya digali semula hari ini, selepas dikebumikan pada 17 Julai lalu dikatakan masih utuh dan dalam keadaan baik.

Perkara itu dimaklumkan Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azral yang turut menyaksikan proses penggalian semula kubur dan mengeluarkan jasad arwah Zara.

Sebelum itu, viral video yang dikongsi netizen di media sosial mengatakan ibu Zara Qairina melihat jasad anaknya masih dalam keadaan baik dan utuh.

Video turut merakam Amani sebagai mengiyakan apa dikatakan oleh individu berhubung keadaan jasad Zara.

Ketika dihubungi, Amani berkata, ramai yang menyaksikan keadaan jasad Zara Qairina seperti dikatakan ibu Allahyarham dan beliau adalah antara yang melihatnya sendiri.

“Betul dan bukan saya seorang saja yang menyaksikannya, ramai lagi… ada polis, pegawai dari JHEAINS Sipitang, imam-imam dan ada daripada JAKIM juga,” katanya petik Berita Harian sebagai melaporkan.

Terdahulu, penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini, mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada 7.31 malam selepas dimulakan pada 6.04 petang.

Peguam keluarga arwah, Hamid Ismail, ketika ditemui berkata, jenazah dibawa ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu bagi proses bedah siasat yang akan dijalankan pada 9 pagi esok.

Katanya, proses penggalian kubur arwah berjalan dengan lancar dan jenazah selamat dikeluarkan sebelum dimasukkan ke kenderaan jenazah untuk dibawa ke Unit Forensik HQE.

Proses penggalian kubur Allahyarham disaksikan antaranya oleh ibu bapa Zara dan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Artikel Berkaitan

Back to top button