28 petugas kesihatan terkorban di Gaza angkara rejim Zionis
Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Palestin, Mai Alkaila.

Sementara itu, berpuluh-puluh petugas turut cedera dan 15 pusat perubatan mengalami kerosakan.
Beliau berkata saban hari Israel mengancam pesakit di hospital Gaza dipindahkan, termasuk pesakit di Hospital Kanak-Kanak Al-Durrah, manakala Hospital Beit Hanoun terpaksa menghentikan operasi.
Alkaila mengulangi rayuannya kepada masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan hak asasi manusia dan entiti kemanusiaan antarabangsa untuk menyediakan perlindungan segera bagi hospital, kemudahan rawatan, ambulans, petugas kesihatan, pesakit dan mereka yang cedera.
Israel mengingkari seruan antarabangsa untuk menghentikan serangan dan rejim itu turut memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza yang memburukkan lagi situasi kemanusiaan. — Bernama