Jenayah

Lelaki cedera jadi mangsa samun ketika berjoging di Shah Alam

Kejadian berlaku di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor.

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Seorang lelaki berusia 30 tahun cedera selepas disamun ketika sedang berjoging di kawasan perumahan Seksyen 27, Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 5.50 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjoging seorang diri.

“Suspek bersenjatakan parang telah datang ke arah mangsa dengan menaiki sebuah motosikal dan merampas beg bangsa.

“Namun, mangsa telah menarik semula beg tersebut yang membuatkan suspek mencederakan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Mohd Iqbal, mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam, Selangor untuk mendapatkan rawatan dan tiada sebarang kerugian dialaminya.

Ujarnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 394 kanun keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Anis Shafika (011-10951310). — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button