Politik
Dakwaan jadi calon PRN cerita yang diada-adakan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR 26 Julai – “Tiada cerita tapi buat cerita”.
Itu ulasan bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai satu ciapan twitter yang tular mendakwa dirinya akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Spekulasi bertiup kencang bahawa bekas KP Kementerin Kesihatan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor?” dakwa penguna Twitter menggunakan nama ArwahMakLampir.
Dr Noor Hisham sebelum ini antara individu penting ketika negara berdepan Covid-19 sebelum bersara pada April lalu selepas berkhidmat selama 35 tahun.
Untuk rekod, Perikatan Nasional (PN) juga akan mendedahkan calon mereka bagi berdepan PRN di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pada hari ini. — The Star