Berita

Koperasi beri sumbangan signifikan buat pembangunan sosioekonomi – Saravanan

KUALA LUMPUR 24 Jun – Pembabitan anggota dalam aktiviti koperasi mampu meningkatkan pendapatan, sekaligus menjana pendapatan negara.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata gerakan koperasi memainkan peranan besar dalam membantu golongan isi rumah berpendapatan B40 bagi menangani peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Koperasi Pekerja Jaya di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Koperasi Pekerja Jaya (KPJ) merangkap Ahli Parlimen Tapah berkata, koperasi adalah satu model keusahawanan sosial yang tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama sebaliknya memberi manfaat dan kesejahteraan kepada anggota dan masyarakat.

Menurut beliau, peranan koperasi menjadi pelengkap dan berganding bahu bersama kerajaan dan sektor swasta dalam mengisi ruang kosong dalam pembangunan masyarakat.

“Koperasi adalah pendekatan yang efektif bukan sahaja dalam merangsang pembangunan usahawan bahkan berupaya memainkan peranan besar dalam membantu masyarakat menangani cabaran peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Koperasi Pekerja Jaya yang diasaskan oleh mendiang Tun S Samy Vellu.

Koperasi yang menceburi sektor perumahan dapat membantu anggota serta masyarakat dalam menyediakan tempat tinggal dengan harga berpatutan serta kompetitif selain dapat menjana perolehan melalui perniagaan berimpak tinggi.

Artikel Berkaitan

Back to top button