Berita
KPM nafi arah semua pegawai tonton filem Anwar

KUALA LUMPUR 29 Mei – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan arahan dikeluarkan kepada semua ketua bahagian, pengarah pendidikan negeri, pengetua dan guru besar untuk menonton filem biopik “Anwar: The Untold Story”.
Katanya, surat tular di media sosial itu palsu.
“KPM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Terdahulu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkongsi surat itu di Facebooknya sambil mempersoalkan kesahihan perkara berkenaan. — Xklusif