Politik

Rombakan Kabinet tertangguh, dua menteri utama sedang bercuti

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa sebarang rombakan Kabinet tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana dua menteri utama sedang bercuti. Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, kini sedang menghabiskan cuti tahunan mereka susulan peletakan jawatan.

Menurut Anwar, proses penggantian atau pertukaran portfolio tidak wajar dilakukan ketika menteri terlibat masih dalam tempoh cuti. Katanya ringkas, “Mereka masih cuti, tidak boleh ganti orang masa tengah cuti,” ketika ditemui media selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Rafizi telah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 17 Jun depan dan akan bercuti sehingga tarikh itu. Sementara itu, Nik Nazmi pula akan meletakkan jawatan pada 4 Julai dan telah mula bercuti bermula hari ini hingga 3 Julai. Keputusan rasmi mengenai pengganti mereka hanya akan diumumkan selepas tempoh cuti kedua-dua menteri tersebut berakhir.

Artikel Berkaitan

Back to top button