Dunia

Mahkamah Perlembagaan lucut jawatan PM Thailand

Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam melucutkan jawatan perdana menteri Srettha Thavisin kerana melantik bekas banduan sebagai menteri.

Srettha dituduh melanggar peraturan etika dengan melantik Pichit Chuenban, peguam yang dekat dengan keluarga bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra dalam kabinetnya.

Pichit dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada tahun 2008 kerana kesalahan berkaitan rasuah.

Mahkamah tetap mendengar kes itu walaupun Pichit telah meletakkan jawatan.

Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa sementara menunggu pelantikan perdana menteri baharu tanpa had masa.

Artikel Berkaitan

Back to top button