Menara Rezeki meterai MoU bersama CIDB Holdings dan JVA bersama JC Logistics, urus kemasukan bahan binaan dari China

Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB), sebuah syarikat bumiputera G7 yang berpengalaman melaksanakan pelbagai projek berprofil tinggi di seluruh negara, hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CIDB Holdings Sdn Bhd serta Perjanjan Usaha Sama (JVA) dengan JC – Logistics Sdn Bhd.
Kerjasama ini bertujuan memperkukuh kedudukan serta rangkaian perkhidmatan dalam sektor pembinaan dan logistik, khususnya bagi menguruskan kemasukan bahan binaan dari China secara lebih sistematik, terkawal dan berkesan.

Pengarah Urusan Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB), Datuk Saiful Nizam berkata, kolaborasi dengan CIDB Holdings akan memperkukuh aspek pengujian, persijilan dan standard bahan binaan, manakala kerjasama dengan JC Logistics akan meningkatkan kecekapan rantaian bekalan dan logistik, sekali gus mengurangkan kos, masa dan risiko gangguan perdagangan.
“Kami yakin gabungan kepakaran CIDB Holdings, Menara Rezeki dan JC Logistics akan menghasilkan satu ekosistem industri pembinaan yang lebih mampan, cekap dan kompetitif, bukan sahaja untuk manfaat ketiga-tiga pihak, tetapi juga untuk pemain | industri di seluruh negara,” ujar beliau.
MoU dan JVA ini juga dijangka menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif industri pembinaan pada masa hadapan, sejajar dengan agenda transformasi industri pembinaan di Malaysia.