Berita
Najib dibebaskan 2028, pengurangan denda RM50 juta
Perkara itu diumumkan Lembaga Pengampunan dalam satu kenyataan pada Jumaat.

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan kesalahan pada 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Selain tarikh pembebasan awal itu, Lembaga Pengampunan dalam satu kenyataan, hari ini, turut mengumumkan denda yang perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. — Xklusif