Berita

Polis panggil peniaga didakwa kibar bendera Israel

Tular di media sosial sebuah premis mengibarkan bendera Israel di Terengganu.

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Polis Terengganu sudah mengambil keterangan seorang peniaga berusia lingkungan 30-an yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah premis di sini pada Khamis.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan berhubung perkara tersebut masih diteruskan.

Menurutnya, hasil siasatan, keluarga suspek memaklumkan lelaki itu mempunyai masalah mental.

Polis masih jalankan siasatan kerana suspek pernah mempunyai sejarah berkaitan kesalahan narkotik.

“Kita sedang buat siasatan terperinci tentang isu ini dan mengenal pasti seksyen bakal dikenakan kepada suspek,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Dua keping gambar memaparkan sebuah premis yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah kawasan di Terengganu tular di media sosial sejak petang Khamis.

Hantaran dimuat naik menerusi grup di media sosial itu mengundang kemarahan orang ramai. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button