Politik

PRN: PH, BN setuju kerusi penyandang kekal milik parti menang PRU14

KUALA PUMPUR 9 April – Semua kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bersepakat menerusi perbincangan awal membabitkan pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN, baru-baru ini.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perbincangan pusingan pertama antara PH dan BN bersetuju membabitkan beberapa parameter yang akan memandu ke arah pengagihan kerusi pilihan raya, antaranya kerusi penyandang kekal untuk parti yang menang pada PRU14.

Beliau berkata, perbincangan peringkat negeri dijalankan di Selangor dan Kedah manakala bagi Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dijadualkan dalam tempoh terdekat.

“Dalam perbincangan pusingan pertama PH dan BN, semua bersetuju meletakkan beberapa parameter yang diumum baru-baru ini.

“Selangor sudah berunding dengan Kedah semalam, manakala Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sudah dijadualkan tetapi belum bermula,” katanya.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di sini, semalam.

Beliau berkata, taklimat berhubung tatacara rundingan antara dua parti komponen Kerajaan Perpaduan berlangsung di Terengganu semalam dan disusuli Kelantan selepas ini.

“Segala keputusan peringkat Sekretariat Pusat perlu dimaklumkan ke peringkat bawah,” katanya.

Artikel Berkaitan

Back to top button