Berita

Kerajaan Perpaduan putuskan kerusi PRN tidak lama lagi – Anwar

Perkara itu dibincang secara terperinci oleh jawatankuasa yang dibentuk membabitkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

KUALA LUMPUR 30 Mac – Agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan parti dalam Kerajaan Perpaduan akan dimuktamadkan dalam tempoh singkat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia akan dibincang secara terperinci oleh jawatankuasa yang dibentuk membabitkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“(Agihan kerusi PRN) dalam proses.. akan dimuktamad dalam masa singkat. Kemajuan baik. Tapi kita tak bincang ‘detail’ (dalam mesyuarat malam ini) sebab ada jawatankuasa yang terlibat akan berbincang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Artikel Berkaitan

Back to top button