Santai

Super Zoom, Super Mengagumkan: Siri HONOR 400 Terima Pujian Hebat Jurufoto Tempatan

Siri HONOR 400 yang dinanti-nantikan telah menerima pujian hebat daripada penguji awal terhadap pengalaman fotografi AI yang mampu menghasilkan gambar ultra jelas. Sebelum pelancaran siri ini pada 22 Mei, beberapa jurufoto tempatan diberi peluang mencuba HONOR 400 Pro dan mereka meluahkan rasa kagum dengan keupayaan kamera telefon pintar ini, terutamanya ciri AI Super Zoom yang luar biasa.

Selepas mencuba HONOR 400 Pro selama beberapa minggu, jurufoto Nazer Noor amat tertarik dengan terhadap keupayaan camera peranti tersebut. Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Nazer menyatakan kemampuan zum 50x pada HONOR 400 Pro amat mengagumkan walaupun merupakan peranti kelas pertengahan. AI Super Zoom pada peranti ini mampu mencapai julat panjang fokus dari dari 15x hingga 50x dan Nazer menggunakan ciri tersebut untuk merakam pemandangan, alam semula jadi dan bandar yang indah. Ciri berkuasa ini memastikan kejernihan imej tetap terpelihara walaupun dari jarak jauh, hasil sokongan HONOR IMAGE Engine yang memperkenalkan inovasi AI tercanggih bagi menghebatkan lagi mutu fotografi telefon pintar.

Photo kredit kepada Nazer Noor dan boleh dilihat di sini

Kehebatan Kamera Bertaraf Flagship

HONOR 400 Pro membawakan potensi fotografi ke tahap lebih tinggi dengan Kamera Utama Super Sensing 200MP, disokong sensor besar bersaiz 1/1.4 inci, apertur f/1.9 serta penstabilan dwi OIS + EIS untuk kejelasan optimum walaupun dalam pencahayaan rendah. Ia turut dilengkapi Kamera Telefoto AI 50MP dengan sensor Sony IMX856, zum optikal 3x dan OIS bagi menghasilkan zum terperinci. Kamera Ultra-Lebar dan Makro 12MP merakam pemandangan luas, manakala Kamera Swafoto Potret 50MP menjadikan swafoto lebih menawan. “Siri Number HONOR memang sinonim dengan kehebatan mod potret, dan nampaknya siri 400 membawa lebih banyak ciri hebat. Saya amat berpuas hati dengan keupayaan telefon pintar ini yang setanding peranti flagship,” tambah Nazer.

AI Generasi Baharu, Buka Peluang Kreatif Tanpa Batas

Selain kamera berkuasa, HONOR 400 Pro juga memperkenalkan rangkaian alat penyuntingan berasaskan AI Editing yang tiada tandingan, termasuk ciri AI Image to Video yang merupakan teknologi termaju dikuasakan oleh Google Cloud AI bagi menjana video daripada imej statik. Dengan HONOR 400 Pro, pengguna tidak lagi memerlukan aplikasi pihak ketiga untuk menyunting atau menghidupkan semula gambar mereka. Telefon ini didatangkan bersama alat suntingan AI terbina seperti AI Eraser 2.0, AI Cutout, AI Outpainting dan AI Upscale. Selain itu, ciri eksklusif Moving Photo Collage membolehkan pengguna menggabungkan 2 hingga 9 gambar bergerak untuk menghasilkan satu cerita menarik. Tambahan pula, Studio Harcourt 2.0 menawarkan pilihan kreatif kepada pengguna untuk menghasilkan potret dengan pencahayaan sinematik yang memukau.

Siri HONOR 400 Bakal Tiba Dalam Tiga Variasi

HONOR hari ini turut mengumumkan Siri HONOR 400 akan datang Malaysia dalam tiga varian bagi menawarkan pelbagai pilihan mengikut keperluan pengguna. Pro akan hadir dengan RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dan storan ROM 512GB. Manakala versi standard ditawarkan dalam dua konfigurasi iaitu RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dengan pilihan storan ROM 256GB atau 512GB.

Saksikan Pelancaran Siri HONOR 400 di Malaysia Pada 22 Mei Ini

Tinggal tiga hari lagi sebelum pelancaran rasmi Siri HONOR 400. Saksikan siaran penstriman langsung melalui laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada 22 Mei 2025, jam 3 petang untuk ketahui spesifikasi lengkap, harga dan tawaran hadiah eksklusif terhad. HONOR juga menjanjikan pengumuman istimewa semasa acara tersebut, jadi pastikan jangan ketinggalan untuk saksikan acara ini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.

Kunjungi akaun Facebook Nazer Noor untuk melihat lebih banyak gambar menawan yang diambil dengan HONOR 400 Pro: https://www.facebook.com/nazer.phonegraphy.

Artikel Berkaitan

Back to top button