Dokumen didedahkan Anwar, pulupusan hutang atau pengeluaran sukuk?
Annuar menyifatkan penjelasan Anwar penting supaya rakyat "tidak terkeliru" dengan dokumen didedahkan di media sosial itu.

KUALA LUMPUR 20 Julai – Annuar Musa hari ini menuntut penjelasan Anwar Ibrahim mengenai dokumen yang baru didedahkan Perdana Menteri sama ada ia sebenarnya merupakan pelupusan hutang peneroka Felda atau pengeluaran sukuk.
Menurut bekas setiausaha agung Umno yang kini menjadi ahli PAS itu penjelasan Anwar penting supaya rakyat “tidak terkeliru” dengan dokumen didedahkan di media sosial itu.
“Setahu saya, kabinet luluskan pelan pemulihan Felda pada bulan Okt 2020 lagi. Penghapusan hutang peneroka dilaksanakan pada 2021.
“Tindakan lain dalam melaksanakan pelan pemulihan Felda memang memakan masa lebih panjang termasuk sukuk dengan jaminan kerajaan (yang YAB perdana menteri tandatangan atas kapasiti sebagai menteri kewangan agaknya).
“Apa pun rakyat jadi keliru dengan posting YAB perdana menteri. Mungkin perdana menteriboleh buat pencerahan lanjut.
“Dokumen itu dokumen pengeluaran sukuk atau dokumen pelupusan hutang peneroka, pohon pencerahan,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Terdahulu Anwar mendedahkan sebahagian daripada dokumen untuk membuktikan dia menandatangani skim pengecualian hutang bagi peneroka Felda. — Xklusif