Politik

PRU15: BN Perak Lancar Manifesto

IPOH, Nov 8 – – Barisan Nasional (BN) Negeri Perak hari ini melancarkan manifesto  bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bertemakan ‘Kestabilan Demi Kesejahteraan’.

Pengerusi BN Perak yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, manifesto BN tersebut merangkumi lima usaha utama bagi merealisasikan agenda Perak Makmur Rakyat Sejahtera.

Menurutnya, usaha pertama adalah mengekalkan kestabilan politik menerusi agenda membina naratif politik baharu yang menjamin kestabilan demi kesejahteraan rakyat dan negeri Perak.

“Usaha kedua adalah melonjakkan kepimpinan dan pentadbiran yang berintegriti dan cekap. Usaha ketiga adalah kesejahteraan ekonomi serta memastikan Perak kekal antara negeri penyumbang tertinggi kepada ekonomi Malaysia.

“Usaha keempat pula adalah kemakmuran sosial serta sentiasa memastikan kemajuan ekonomi dapat dinikmati bersama secara saksama dan menyeluruh,” katanya.

Menurut Saarani, manifesto BN Perak ini dirangka supaya bersifat inklusif dengan menyentuh kepentingan semua golongan masyarakat, tidak kira bayi dan kanak-kanak, orang muda, wanita dan warga emas.

Tambahnya, ia benar-benar dipetakan secara objektif supaya ekonomi dapat bercambah dan melebar ke segenap pelusok negeri agar setiap lapisan rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan merasai nikmat kesejahteraan.

Majlis itu turut dihadiri calon Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah; calon Parlimen Tanjong Malim Dr Mah Hang Soon; calon DUN Hulu Kinta, Datuk Mazlan Abdul Rahman dan calon DUN Manjoi, Datul Azizul Kama Abd Aziz.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Manifesto BN Perak untuk PRU15 yang diadakan di Taman Meru Permai, di sini.

Artikel Berkaitan

Back to top button