Ekonomi

Transformasi Perniagaan Borneo: RichWorks Bimbing Usahawan Raih RM1 Juta hingga RM10 Juta Pertama

Lebih 300 usahawan dari seluruh Borneo berkumpul baru-baru ini untuk mempelajari formula perniagaan terbukti yang mampu melonjakkan jualan daripada RM1 juta hingga RM10 juta, melalui program transformasi intensif, 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy).

Dibina atas 17 tahun pengalaman Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman – Pengasas & Presiden RichWorks, program ini direka untuk memecahkan mentaliti terhad, membina strategi praktikal dan meningkatkan keyakinan usahawan Sabah agar mampu berkembang daripada jenama tempatan menjadi pemimpin industri nasional.

Katanya, mereka dikongsikan dengan strategi terbukti yang digunakan oleh usahawan jutawan RichWorks dengan panduan praktikal berdasarkan kajian kes sebenar bagaimana perniagaan mampu melonjak ke tujuh ataupun lapan angka.

“Soalnya bukan boleh atau tidak capai RM1 juta, tetapi adakah usahawan itu sanggup buat apa yang perlu!

“RichWorks tidak menjual mimpi. Kami telah melatih lebih 250 jutawan melalui program Titanium. Kalau mereka boleh, anda juga boleh. Kami berikan formula yang telah terbukti berkesan, bukan teori kosong,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kemuncak minggu transformasi ini ialah Inner Circle Meeting (ICM) Sabah, sesi eksklusif dan intensif di mana lebih 250 usahawan berjaya dari pelbagai industri berkongsi strategi dan pelaksanaan sebenar untuk berkembang dan menembusi pasaran nasional yang dijalankan selama tiga hari.

Tambah Azizan, beliau menunjukkan potensi kepada usahawan di Borneo yang sebenarnya mampu bersaing setara di peringkat nasional.

“Moga lebih ramai usahawan yang sertai 10XBBB ini melakukan tindakan segera dan mampu alami perubahan dan mencapai impian masing-masing.

“RichWorks bukan sekadar syarikat latihan bagi membantu menyelesaikan masalah dihadapi bangsa usahawan.

“Kami ialah rakan transformasi sebenar untuk individu dan usahawan serius yang mahukan hasil nyata. Kepuasan kami ialah melihat mereka benar-benar mengubah perniagaan dan kehidupan,” tegasnya.

Artikel Berkaitan

Back to top button