Berita
Empat negeri catat bawah 40 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari
Rakyat keluar mengundi bermula 8 pagi tadi dan akan berakhir jam 5 petang ini

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kedah dan Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih 40 peratus iaitu masing-masing 41 dan 42 peratus setakat pukul 12 tengah hari.
Bagaimanapun, empat negeri lain masih mencatatkan bawah 40 peratus keluar mengundi iaitu Pulau Pinang sebanyak 38 peratus; diikuti Selangor 36 peratus; Negeri Sembilan 35 peratus, manakala Kelantan 34 peratus.
Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pula merekodkan 39 peratusan keluar mengundi. — Xklusif