Politik

Fakhruddin Ariff dipilih Ketua UMNO Bahagian Pekan

KUALA LUMPUR 19 Mac – Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dipilih menjadi menjadi Ketua UMNO Bahagian Pekan pada Pemilihan UMNO kali ini.

Kemenangan itu menyaksikan Fakhruddin menewaskan pemangku jawatan tersebut, Datuk Seri Zamri Ramly.

Jawatan tersebut sebelum ini menjadi perhatian selepas ketiadaan Datuk Seri Najib Razak yang memegang jawatan itu sejak 1982 sebelum diperintahkan menjalani hukuman penjawa pada Ogos tahun lalu.

Mohammad Fakhruddin pada penggal lalu merupakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia.

Beliau turut memegang jawatan penting dalam parti dan pertubuhan antaranya, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Pekan (2018 – 2022); Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan (2008 2012); Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Pekan (2004-2008) dan Pengerusi serta Penasihat Gerakan Belia 4B Parlimen Pekan. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button