Politik

KJ jumpa Muhyiddin, surat tawaran palsu PKR tular

KUALA LUMPUR 19 Jun – Sebentar tadi, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuatnaik gambar bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di media sosial InstaStorynya.

Bagaimanapun, tindakan KJ memuatnaik gambar tersenyum bersama pemimpin PN itu tanpa sebarang keterangan sehingga menimbulkan tanda tanya.

Sebelum ini media melaporkan, Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan parti itu.

Muhyiddin pula dilaporkan berkata, beliau sudah menetapkan tarikh iaitu dalam minggu hadapan untuk perjumpaan itu diadakan.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini dilaporkan menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersaru Datuk Razali Idris mengesahkan pertemuan Muhyiddin dan Khairy, namun enggan mendedahkan bila ia diadakan.

Sementara itu, turut tersebar surat palsu berkaitan tawaran PKR kepada Khairy selepas dia menjadi salah seorang yang dipanggil dalam mesyuarat membincangkan hal ehwal ekonomi dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim minggu lalu.

Surat bertarikh hari ini itu dikatakan ditandangani oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang menawarkan keanggotaan parti dan jawatan timbalan presiden lantikan–jawatan yang tidak pernah wujud dalam parti itu.

Artikel Berkaitan

Back to top button